expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Sunday 23 July 2017

PERCUTIAN BAJET KE KEKUNANG TERING CHALET DI PEKAN PAHANG Dekat je

Assalamualaikum semua.
22 Julai 2017 Sabtu

Saje nk share tempat best kat korang sesuai untuk percutian 'segera' macam saya selalu buat. ha ha ha. Cerita die camni. Sabtu 22 julai 2017 kami diWajibkan kerja sempena sambutan raya bersama Perdana Menteri di UMP Pekan Pahang.
👀
So saya memang akan buat sesuatu yang last minit. Teringat ade satu chalet di Pekan pahang dalam 30 km dari bandar pekan. Dalam diam-diam saya book 1 chalet tanpa pengetahuan suami. So mlm tu saya siap kemas2 barang kebetulan pulak si suami nk ikut jalan2 ke UMP pekan walaupun die tak dijemput utk join jamuan tu. hek hek hek . Plan menjadi.yeayy.
👽
So cam biasa pagi gerak ke ofis dulu, majlis start 11.30pg hingga 2.30pm. Mase tengah2 makan tetibe Pok Yus (owner Kekunang Tering Chalet) dah mesej cakap bilik dah siap jam 12 bleh checkin awal. Kite punye hati meronta2 nk balik awal. tapi apakan daya kan.hahah


Dalam jam 3ptg kami terus ke nenasi melalui bandar pekan. Boleh tengok tpt2 dan port menarik utk korang yg suke selfie. Perjalanan kami mengambil masa dalam 30 mnit je. Mase otw banyaklah soalan soalan dari sang suami ahhahaha nk kemana ni buat ape? Mls nk layan act mcm badmood sbb mls layan soalan. heheh
So nk elak sesat atau terlepas mmg siap2 bukak gps. Dalam jam 3.30 kami sampai ke Kekunang Tering Chalet tanpa sesat. senang je sbb tepi jalan besar mmg ade signboad besar.


Alhamdulillah selamat sampai ke chalet. So kami parking dan mesej pok yus bgtau dah sampai. Saya turun jalan2 ke dalam sikit ade nmpak pakcik yang jage tempat ni namanya Pok Nan.
Gambar : sumber FB
Tempat parking yang besar disediakan

Kami ambik barang siap2 dan duduk kt meja nk setelkan balance bayaran. Sementara suami borak2 ngn pok nan saya meninjau kawasan keliling . fuuu private beach uol. Tengok banyak lagi penambahan chalet2 di sini.




gambar: sumber fb
Rumah atas pokok ade satu Unit. 
gambar: sumber fb
Capsule chalet ade 4 unit shj. 
gambar: sumber fb
Kami menginap di Capsule chalet. Muat2 untuk 2 orang. 
Untuk size halus2 insyallah sangat selesa hahahah 
Gambar: sumber FB
kalau korang nk tau sini pun ada tapak perkhemahan tau. 

Gambar: Sumber FB
 Tandas sangat bersih Eco Toilet.


ni permandangan sekitar

Pok nan akan pasang tv mlm. open air gitu .syok dah lame tak layan movie camni.

Okey kalau korang nk tau selain lepak2 cam kami korang boleh sewa kayak dan basikal tau. 


Gambar: sumber fb
Gambar : sumber FB

Dah selesai Checkin. Solat siap2. Setakat ni blm ade tempat solat lagi, mungkin dalam proses.

So kami solat kt beranda chalet ni je.. Kalau korang nk tau minggu ni kebetulan tak ramai checkin. Capsule chalet ni cume kami je checkin. Rumah ats pokok da ade 4 org group perempuan yg booking.


Oke ni port paling favorite lepak. ats pokok sambil tgk pantai
Tak sengaja pakai baju same pulak. ahhaha

memang cantik ambik gambar sini. 

So dalam jam 5.30 kami turun dari port lepak ni sbb suami nk pergi jogging pulak. Petang tu da siap2 salin2 baju suami nk jogging, maaf saya off jogging 2 hari ni sebab malas. haha. saya biasa la lepak pantai je. Tapi malas nk mandi. Main2 ombak aje.




So dah petang dalam jam 6.45ptg kami gerak nk cari dinner. Sebab dlm chalet ni belum sediakan tempat makan. (masih dalam proces) Kami ke kedai berhampiran chalet.

Malam tu total dinner kami RM18.00
Kami makan:
  nasi putih 2
Tomyam
Ayam goreng kunyit
telur dadar

Alhamdulillah dah kenyang terus cari masjid untuk solat magrib. Lepas tu terus balik chalet. Mula2 terlepas simpang sbb malam simpang ke chalet gelap skt.So kena slow2 je nnti jauh terlepas. her her her

 Kami sampai tu baru lah jumpe owner Pokyus. orangnya ramah. Kata pak yus suasana malam mmg gelap sikit kalau terang sangat nanti kunang2 lari . Pok yus ade sediakan breakfast 1 pack rm7.00 so kalau nk esok die akan tapau siap2. so kami on je.  Siap Pokyus offer suh checkout petang sbb esok tiada orang yang checkin. fuuuyooo
Begini lah suasana malam. tgk movie dibawah sinaran bulan disamping ombak menderu. Syok ooo. Pok yus dan pok nan tinggal kami berdua utk layan movie. Adik2 yang checkin chalet ats pokok tu mmg lepak dalam bilik je. tapi mmg kena stanby sweater sejuk uols angin pantai malam plak tu. 
😍
Kami masuk tido dalam 11mlm. Mula2 mmg janggal sbb ni first time tido dalam capsule. Tapi bab nk terkucil tu tak tahan. Teringat mase kecik2 nk kencing tapi toilet jauh. fuuu memang berteman lah kami p toilet. Alhamdulillah tengah mlm tak terjaga nk terkucil. Tips. jgn minum air byk2 tau..
💋
Selamat pagi korangggggggggg.. 23 Julai 2017 Ahad.

Pagi tu kami sarapan nasi lemak, kuih tea o. Pok nan siap2 gantung dalam bakul okey. 
Cam biasa pergi memane mesti ade anak bulus. saya panggil die oyen (name suke hati) manja pulak tu. kidnap die bawak lepak port favorite kami ats pokok. 



Atas pokok ni siap ade tikar dan batal okey. tgk si oyen tu sebok nk tido jugak. 
💙
Sementara tu, suami cakap die nk sambung jogging lagi. masa tu dalam jam 9 pagi. Saya cm biasa main dengan oyen kat tpt lepak atas pokok. sambil tgk die jogging kehulu kehilir. hahahha
😋 
Bile suami dah penat jogging, kami memang lepak sampai tertido kat ats pokok ni sampai jam 12tghari. Bangun2 tu terus kemas2 siap2 nk checkout. 

Sebelum balik benda waib ambil gambar banyak dulu.

Ni terlebih excited. namanya jatuh tersungkur. Gambar die jelah saya up. hahaha
  

Okey nampaknya bakul azimat ade nasi lemak lagi. Tadi Pok nan dah pesan suh makan kang jam 12tengahri konfem lapar lagi. so ape lagi sebelum balik mmg makan dulu. Sedap pulak nasi lemak ni. oiiiii.
😀
Oke selesailah percutian Segera kami selama 2hari 1mlm di Kekunang Tering Chalet untuk kali ni. Konfem kami akan repeat dan akan ajak kawan2 utk lepak sambil bbq konfirm seronok.Dah yang pasti akan ada banyak lagi chalet2 akan datang. Terima kasih Pok Yus tampalkan kami stiker budak pantai.Kalau korang nk stiker ni kena lah datang sini.
Total kami abis:
Capsule chalet RM129
Makan malam RM18.00
Makan pagi RM16.00
Total:RM161.00
💖
Kalau korang nakkan keunikan bermalam, bolehlah cuba menginap di sini. Terdapat 4 buah penginapan tube capsule di sini. Selain itu, ada juga penginapan rumah chalet atas pokok yang tak kurang uniknya! Antara aktiviti yang boleh dilakukan di sini termasuklah berbasikal, berkayak dan melihat kunang-kunang! Chalet Kapsul – RM175 Chalet Ats Pokok – RM129 Lokasi: Batu 9, Kampung Tering, Tg Batu, Nenasi, Pekan Hubungi: 012-3576006 / 016-9364134 / 010-9033931 Facebook: Kekunang Tering Chalet

Jom follow kite:
instagram: saallymoon
Email:ciksaallaluna@gmail.com
Camera: hp Samsung s7edge

Sekian Wasalam jom support Local !