expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Friday 9 June 2017

PERCUTIAN KE MEDAN PART 1

6Mei2017-Hari pertama

Assalamualaikum hai korang.
Sory lambat gile post sebab payah gak nak cari idea  tak tau mne nak start. 
oke last month on 6-9Mei saya ade trip ke medan tapi urusan kerja. Tapi tak nk cite lah pasal urusan kerja tu. nk share tempat2 cantik sepanjang 10 jam dlm van di Medan.

Flight kami Sabtu 8.40 pagi so mlm dalam jam 12.00 am kami gerak ke KLIA2. Ngam2 sampai dalam jam 3pagi. so ade maselah nk makan rest jap. Kami pegi 6 orang je. So trip kali ni berjaya bawak baju sikit je, just bawak satu troli beg n beg galas kecik jek. Beg kecik untuk isi barang penting contoh pasport dan duit je. Kali ni bajet tak berapa banyak so bawak dalam RM500 je bersamaan 1500000idr.


Ni ade budak nk ikut mummy p holiday





Da sampai KLIA, kebetulan kaunter checkin dah bukak kami terus checkin beg sebab masing2 malas nk bawak ke hulu hilir lepas tu nk breakfast pulak. So semua dah setel cehckin, kami cari port nk breakfast ala kadar. Actually xberapa ala kadar sebab tersilap langkah order kopi.Konon nk elak mengantuk sekali sakit perut eheeeeh..


Alhamdulillah semua da setel breakfast dan semua urusan wajib sebelum fly.kami masuk n lepak tempat tunggu dan masing2 lepas hajat lagi penangan kopi. so korang yg perut sensetif jgn minum kopi. hahaha



ni perkara wajib bile nk travel hahaha


 Satu lagi benda wajib kena ambil gambar nampak ekor Airasia.hahah

 Sebenarnya ade cerita kelakar. even dah lepas masuk pun still lagi check kelulusan luar negara (website Imigresen) maklumlah penghutang tapi bukan PTPTN tau. mane tau tetibe sangkut kan. sblm pergi pun mmg beza seminit akan check.sengal betulla. Moral: bayarlah hutang anda .haha

Alhamdulillah touchdown Medan Airport. Masing2 beratur nk lepas imigresen. fuu ramai kot org Malaysia ke Medan kebetulan minggu dpn tu cuti selasa. Alhamdulillah dpt cop kat cowok hensem. tapi banyak pulak soalannye.hahah



💚





Ni la supir kami Pak Damien



Kalau korang mmg tak roaming nk murah beli sim indonesia. so kami beli new sim 7 gb 90000idr. Laju yang amat internetnye.


Ni la pengangkutan kami. 

Mase ni awal lagi sebenarnya. beza 1 jam ngn waktu Malaysia. Lepas dari airport kami terus dibawa ke restoren Makan pagi + makan tengahari.Nasi Ayam Penyet Cindelaras. Katanya famous. 



Saya jenis tak kuat pedas so kepedasan tahap maksima dah ni rase. lain jugak tekak sy nk selesakan. sbb makan memilih (byk sangat alergik) maklumlah.

Alhamdulillah semua da kenyang, sebab pak Damien ckp kena makan kenyang2 sebab perjalanan jauh lagi. lepas ni kami ke Berastagi jauh amat. Rasenye dekat 2 jam. tapi sebab jem jadi bertambahlah jam akan sampai.  so dalam perjalanan tu mula2 excited tgk kiri kanan dpn belakang last2 tertido pening oit.

tengok semua letih amat.Jet lag angat.hahah .

Ni salah satu pengangkutan dorang. Katanya pak Damien nama nama pegangkutan ni ikut tpt. sory siyes lupe ape nme ni.
  
Da berapa jam perjalanan kami singgah makan jagung bakar. Lebih kurang 5000Idr satu jagung bakar. 
Actually ni mmg tempat untuk rest sambil tgk2 bukit bukau subhanallah cantik ciptaanNya.  






Lepas semua dah selesai, perjalanan masih diteruskan ke Berastagi. ape lagi sambung tido lah. Alhamdulillah sampai juga kami ke Berastagi. Tempat ni lebih kurang sejuk cam Cameron. seronok sbb kiri kanan banyak tanam bunga, sayur dan buah. Depan rumah je u oll. bukak pintu terus petik haha



Ni la bandar Berastagi. Ramai penduduknya. tempat yang nyaman waaaa sejuk gile uols. Sampai bandar Berastagi kami terus ke Pasar Buah. Macam-macam buah ade wuuu seronok nye perut.



Lepas dah shopping di Pasar Buah kami terus di bawa ke Hotel. Cantik  hotel ni.Menurut pak supir ni mmg hotel pilihan pelancong disini.terutama org Malaysia. Green Garden Hotel Berastagi


Siap ade kolam. mmg excited tapi tak mampu nk mandi sebab sejuk gile.


Ni la bilik kami. bersih cantik kemas tapi kena pakai selipar sejuk beku sampai tulang. Da setel sume checkin kami rest-rest dulu.

Petang tu pak damien ajak pegi ke Gunung Gundaling dan malam mandi kolam air panas. fuu mak excited.kami nk gerak tu mmg dah siap2 bawak baju mandi.

Ni la Gunung Gundaling .Di sebalik kabus tu sebenarnye ade kesan lava gunung berapi. kalau korang nk tau sejarah Gunung Gundaling boleh rujuk web ni Wisata Gundaling.

Kat sini banyak kedai-kedai yang menyediakan khidmat print gambar. dan korang jangan terkejut kalau diekori sampai kemana-mana.haha

Banyak dipasang khemah2 sbb untuk menikmati view view yang sangat Subhanallah 


Kalau korang malas nk jalan, atau mmg nk menikmati sekitar gunung gundaling ni boleh guna khidmat kereta kuda ni. keliling tempat ni. tapi ngeri weh jalan sempit. mmg tak la saya nk naik..


Ni masing2 nk bergambar di patung jodoh. Bak kata pak Damien ni patung pembawa jodoh. so lepas ambik gambar akan dapat jodoh. wallahualam.

Ni gambar yang diambil oleh jurukamera kat situ dan siap print . lebih kurang 150000Idr ( 6 keping)

Oke dah penat pusing2 gunung Gundaling, kami turun nak cari tpt makan. Lapar oit. makan tadi je nasi ayam penyet tu. So mmg pak Damien bawak kami ke restoren halal.

 Tips: kalau korang dtg tanpa supir agak payah nk cari tpt halal sbb kat sana ramai cristian.  Lebih selamat dengan travel agent bukan sbb makanan je even otw ke tempat ni pun jalan sangat bahaya.

Alhamdulillah kami makan. sume makanan minang. mcam biasa tekak aku ni tak berapa nk telan sangat. tapi sedap. Oke masing2 dah lapar ape lagi  sampai tak sempat nk ambik gambar.


Pakej yang kami ambik memang dah include makan. tapi biasalah tambah air manis. sepanjang 4 hari mmg minum ais jeruk dan tea manis je. kat sane dorang hidang air masak je. patut la kurus masing2!


Semua dah selesai makan, pak Damien terus bawak kami ke Kolam air panas. katanya 24 hours. Kami sampai tu agak terkejut sebab macam tepi pantai cara dorang bawak bekal tu kemain aih banyak. 


Pak Damien book untuk kami Private pool. Tapi bile ambik private pool kami boleh ke mane2 kkolam yang tak private. tapi kalau ambik yang tak private boleh ke semua kolam tapi tak bolehmasuk private pool.bak kate pak Damien.
Kami bayar 3600000IDR pada pak damien termasuk tuala yang disewa. 

ni la private pool kami. Tak la private sangat tapi sekali tempat persalinan


Kat luar tu banyak lagi kolam yang boleh pilih nk mandi kat mana. Siap ade lumpur yang organik untuk kulit. Sini akan bau belerang sebab dekat dgn gunung berapi katanya


Alhamdulillah semua dah siap mandi, kami siap2 nak balik sebab dah penat ya amat. Perjalanan nak balik pun dekat 1 jam tau. bukit berliku.
Dah sampai hotel mandi siap2 jam 11 malam semua lapar so kami keluar makan depan hotel je Mee Acheh. pas kenyang tu malas dah nk berjalan ape lagi tido lah. Esok nk checkout awal.
*4h3m kami stay di hotel berlainan memandangkan tempat sangat2 jauh.

jangan lupe baca entry Percutian Medan Day II tau.

ig:  @saallaluna
email: ciksaallaluna@gmail.com
fb: https://www.facebook.com/ciksaall

Thank you sudi singgah :)

NI INFO AGENT KAMI PAKAI :

 +6281264332925 pak dafi 
+6285276010160 no pak damen
travelingsumatera@gmail.com

Pt.Elegant Tour & Travel
Jl.A.H Nasution No.92 BB-Medan
(Di Depan Sekolah Primbana Medan)
Tlp.(061)- 785 1975
Fax.(061)-785 0324
Mobile. +62 812 6433 2925 ( WhatsApp )
               www.kapanholidaymedan.com
               www.buspariwisatamedan.com

               www.anekawisatamedan.com
               http://percutianmedan.blogspot.com