expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Thursday 11 July 2013

Alamak aku tak reti masak!!


Tadi duk Google mencari resepi..maklumla sekarang kena rajin belajar memasak. Even pandai sikit sikit tapi tak byk praktikal konfim saia da lupe..hehe so nk pandai kan balik bukan senang.jawabnya kna la memasak.


ok .menu pilihan saia pertama ialah. ayam paprik.



AYAM PAPRIK
Bahan-bahan :
1/2 ekor ayam potong kecil
2 labu bwg besar - 1 labu potong baji, 1 labu mesin dgn 3 ulas bwg putih.
3 sudu cili mesin
2 sudu sos tiram
3 sudu sos tomato
1 sudu kicap
daun limau purut di siat
2 btg serai dihiris atau diketuk sahaja
sayur-sayuran spt kacang panjang, kobis bunga, carrot
1 sudu tepung jagung + 3 sudu air.

Cara membuat

1 Panaskan 3 sudu minyak, tumiskan bawang dan cili mesin hingga pecah minyak.
2 Masukkan ayam dan kacau sebentar.
3 Masukkan semua jenis sos dan 2 mangkuk air.
4 Biarkan sehingga ayam masak.
5 Masukkan sayur dan bancuhan tepung jagung utk memekatkan sedikit kuah.


 balik ni nk kena beli barang-barang .maklumla si ehem kuat makan.lagipun nk tambat hati mother in law bukan senang kan. so ni menu kedua favorite kami.


DAGING MASAK MERAH ala gerai

Bahan2:
daging lembut - hiris nipis2
(kalo nk merah, rebus dgn pewarna merah, bukan sirap ros ya)

Bahan Hiris:
bwg besar - belah 4
bwg putih - cincang @ ketuk
halia - hiris
cili api / cili merah

Bahan Sos:
3 sudu besar sos cili
1 sudu besar sos tomato
1 sudu besar sos tiram
sedikit kiub ikan bilis ~gantikan dgn 1 sudu besar sos ikan
sedikit air ~  guna air rebusan daging

Cara:
Panaskan minyak, masukkan bahan2 hiris sampai naik bau, (masukkan cili mesin, goreng hingga pecah minyak) dan masukkan daging, kacau sebentar dan masukkan semua sos.
Kemudian masukkan sedikit air, biarkan sebentar dan letakkan sedikit kiub ikan bilis, biar mendidih jap dan nampak pekat.. bolehlah diangkat.
 

 
UHUH tak sabar plak nk cuba dua recipe ni.tapi kalu tambah kerabu lagi sedap kan..

ni recipe kerabu mangga plak.


Kerabu mangga

Bahan2:
2 biji mangga ( sedap kalau mangga lemak) )
1 biji carrot ) hiris panjang
6 biji bawang merah dihiris panjang
5-6 urat kacang panjang
1/2 cawan kacang tanah yang digoreng
3 sdb udang kering direndam dalam air panas dan di tumbuk
6 biji cili padi di hiris
1 biji cili merah di hiris
1 pokok daun ketumbar di hiris
sedikit air limau nipis
garam / gula


Caranya:


Campurkan semua bahan dan gaul rata. Garam dan gula ikut rasa. Elok di makan sebaik ianya di campurkan.



Kepada si ehem.saya memang tak teror masak.tapi sy cuba apa yg saya tak tau one day sy akan jadi tukang masak awk.hahah insyallah..

korang ajarla sy masak ye...pleassss